Vivo V7 Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Vivo V7 Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada November 14, 2017 oleh .

Vivo Malaysia sebelum ini telah sedia menawarkan telefon pintar mereka dengan rekaan skrin menyeluruh dan juga kamera selfie hadapan 24-megapixel melalui Vivo V7+. Kini, satu lagi variasi daripadanya yang dinamakan Vivo V7 turut dijangka dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Vivo V7

Spesifikasi penuh V7 masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Vivo V7 dijangka menawarkan beberapa ciri-ciri seumpama pada Vivo V7+, termasuk skrin 5.5-inci dengan paparan 720p, selain sokongan kamera 24-megapixel. Secara kasar, ia dilihat sebagai kemaskini kepada peranti Vivo V5 sebelum ini.

Bagi anda yang merancang untuk mendapatkan peranti baru berjenama Vivo, mungkin boleh nantikan sehingga penghujung November ini untuk melihat apakah yang ditawarkan oleh Vivo Malaysia melalui Vivo V7.


TIPS & ULASAN