CIMB Melaporkan Beberapa Pita Magnetik Hilang – Mengandungi Data Pendua Pengguna

CIMB Melaporkan Beberapa Pita Magnetik Hilang – Mengandungi Data Pendua Pengguna

Diterbitkan pada November 14, 2017 oleh .

CIMB kini mengumumkan yang mana beberapa pita magnetik milik mereka hilang. Pita magnetik berkenaan dikatakan mengandungi sebahagian data pendua pelanggan mereka, namun tidak mempunyai sebarang data pengesahan seperti nombor PIN, nombor CVV kad kredit atau kata laluan.

CIMB melalui kenyataan di web mereka mengatakan yang mana pita magnetik berkenaan mengandungi beberapa informasi pelanggan untuk CIMB Bank dan subsidiari mereka. Walaubagaimanapun, buat masa ini, CIMB tidak mengumumkan apakah jenis kandungan data yang terkandung dalam pita magnetik berkenaan.

Disebabkan oleh kejadian ini, CIMB kini mengetatkan lagi sekuriti mereka, dan turut mengumumkan mereka akan menghentikan sementara beberapa perkhidmatan melalui Call Centre, termasuk mengubah alamat perbankan, membuat pindaan wang tanpa T-Pin, serta pembuatan T-Pin. Pelanggan diminta untuk melakukannya secara manual di cawangan CIMB seluruh negara.

CIMB tidak meminta pelanggan melakukan sebarang perkara spesifik buat masa ini, dan lebih meminta pelanggan untuk berjaga-jaga.

Pada masa yang sama, Bank Negara Malaysia turut mengesahkan mengenai kehilangan pita magnetik mengandungi data pendua pelanggan CIMB.


TIPS & ULASAN