Facebook sebelum ini telah memperkenalkan Messenger Day pada Facebook Messenger, dimana melaluinya ia menawarkan ciri seumpama Instagram Stories, membolehkan pengguna untuk berkongsi gambar dan video yang hilang selepas tempoh 24 jam.
Walaubagaimanapun, ciri berkenaan boleh dikatakan sedikit kurang popular berbanding pada Facebook atau Instagram.
Kini, dalam usaha menyeragamkan penawaran, Facebook mengumumkan mereka akan mula menggunakan Facebook Stories pada Messenger, dan tiada lagi Messenger Day.
Ini bermakna, perkongsian Facebook Stories anda turut akan dipaparkan untuk ditonton rakan-rakan melalui Messenger. Dan memandangkan Facebook sedia memudahkan pengguna berkongsi gambar dan video daripada Instagram Stories terus ke Facebook Stories – maka proses ini akan lebih memudahkan pengguna, selain menjadikan penggunaan ciri berkenaan lebih aktif berbanding sebelum ini.
Untuk anda sendiri, adakah sebelum ini anda aktif menggunakan Messenger Day?