Peratusan Penggunaan Android Nougat Kini Ditahap 20.6% Dan Oreo Pula Hanya 0.3%
November 14, 2017
Google
Effi Saharudin
Selamat datang ke bulan November 2017. Tiba masanya untuk melihat kadar penggunaan versi Android di seluruh dunia. Pada bulan ini penggunaan Android Oreo meningkat ke 0.3% berbanding 0.2% bulan lalu. Android Nougat mencatatkan peningkatan ke 20.6% berbanding 15.8% bulan lalu.

Versi dengan peratusan tertinggi masih lagi Android Marshmallow dengan 30.9%. Ini diikuti pula oleh Lollipop (27.2%) dan KitKat (13.8%). Ketiga-tiga versi Android paling popular ini sekali lagi menunjukkan penurunan peratusan berbanding bulan lalu. Kadar penggunaan versi terkini Android masih lagi perlahan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.