Lazada Malaysia Menyaksikan Sekitar 34,000 Telefon Pintar Dan Tablet Di Beli Pada 11.11

Lazada Malaysia Menyaksikan Sekitar 34,000 Telefon Pintar Dan Tablet Di Beli Pada 11.11

Diterbitkan pada November 14, 2017 oleh .

Lazada secara keseluruhan telah menyaksikan penjualan melangkaui RM500 juta pada Singles Day yang berlaku 11 November lepas. Selain daripada secara keseluruhan, kini Lazada Malaysia turut berkongsi beberapa statistik menarik daripada mereka.

Menurut Lazada Malaysia, pengguna tempatan telah membelanjakan lebih RM100 juta pada 11 November yang lepas, selain turut memperlihatkan sekitar 1400 transaksi berlaku seminit pada waktu puncaknya.

Lebih 10 juta pengguna telah mengakses Lazada Malaysia pada 11 November lepas, dan kategori yang paling popular menjadi tumpuan adalah barangan runcit, barangan bayi dan juga elektronik.

Menurut Lazada, produk yang paling hangat dijual adalah Petronas Fuel Cards, Milo 2.2kg, dan juga Pineng Powerbanks.

Dan turut dikongsikan Lazada Malaysia, sebanyak 34,000 telefon pintar dan tablet telah ditempah oleh pengguna melalui platform berkenaan dalam tempoh 24 jam pada 11 November lepas.

Bagi anda sendiri, apakah anda beli pada Singles Day lepas?


TIPS & ULASAN