Cari @ Amanz

Pada Julai yang lalu peranti realiti maya kendiri dari Vive diumumkan kewujudannya. Tiada gambar peranti rasmi diperlihatkan. Maklumat yang didedahkan adalah ia kendiri dan diperkasakan pemproses Snapdragon 835. Di acara khas yang berlangsung hari ini, Vive Focus akhirnya dilancarkan secara rasmi.

Peranti realiti maya kendiri mempunyai kemampuan mengesan kedudukan 6DOF (Degree of Freedom) tanpa memerlukan pengesan tambahan seperti yang digunakan pada HTC Vive asal. Ini memberikan kebebasan kepada pemakai untuk bergerak tanpa halangan sensor dan wayar. Ia turut menyokong alat kawalan permainan 3DOF serta skrin AMOLED beresolusi tinggi.

Kesemua aplikasi VR boleh dimuat turun melalui platform Vive Port. HTC turut mengumumkan platform Vive Wave yang membuka peluang pengeluar lain untuk mengintegrasikan Focus dengan perkakasan buatan mereka. Buat masa ini Vive Focus hanya diumumkan untuk pasaran China. Tiada maklumat mengenai tarikh jualah dan harga buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd