Facebook Groups Dan Event Menawarkan Kebolehan Berkolaborasi Untuk Facebook Stories

Facebook Groups Dan Event Menawarkan Kebolehan Berkolaborasi Untuk Facebook Stories

Diterbitkan pada November 14, 2017 oleh .

Facebook hari ini telah mengumumkan yang mana mereka menyatukan penggunaan Messenger Day kepada Facebook Stories. Kini, selain daripadanya, Facebook dilihat terus memfokuskan kepada ciri berkenaan dan turut mengumumkan sokongan berkolaborasi bersama rakan-rakan lain melalui Facebook Groups atau Facebook Events.

Melaluinya, anda bersama-sama rakan lain boleh berkongsi gambar atau video ke sesuatu Facebook Events atau Groups – dan ia akan dikongsikan secara umum untuk tempoh 24 jam.

Ciri ini semestinya sesuatu yang menarik untuk digunakan bersama pada Facebook Events dan Groups – sebagai contoh untuk perkahwinan rakan-rakan, anda boleh melihat gambar dan video daripada pelbagai sudut berbeza serta dikongsikan pelbagai lapisan keluarga dan rakan-rakan.

Perkara sama turut boleh dilakukan untuk pelbagai acara lain – dan merakamkan sesuatu detik dengan baik daripada pelbagai sudut.

Facebook Stories

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini. Dengan langkah ini, kita turut dapat melihat yang mana gergasi sosial berkenaan benar-benar memfokuskan kepada ciri perkongsian Stories ini, dan mungkin lebih banyak perkara baru yang diintegrasikan padanya.


TIPS & ULASAN