Sukakan Selfie? Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. Membuatkan Selfie Anda Lebih Cantik

Sukakan Selfie? Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. Membuatkan Selfie Anda Lebih Cantik

Diterbitkan pada November 16, 2017 oleh .

Dewasa ini terdapat banyak peranti pintar yang boleh dimiliki pengguna dan hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang mampu memenuhi keperluan pengguna. Ada yang mahukan bateri bertahan lama, ada yang mahukan telefon yang tahan lasak, dan tidak kurang ada yang mahukan selfie terbaik.

Namun peranti manakah yang menghasilkan selfie yang bagus dan terbaik ? Salah satu pilihan di pasaran ialah OPPO yang meneruskan tawaran mereka dalam fungsi selfie, dengan variasi baru dalam keluarga F iaitu OPPO F5.

Jika anda mencari telefon pintar semata-mata kerana sebab inginkan selfie terbaik, berikut merupakan tiga sebab kenapa Oppo F5 perlu anda miliki.

A.I. Beauty Recognition Technology

Umpama irama dan lagu, spesifikasi sahaja tidak mencukupi untuk menghasilkan gambar selfie yang terbaik. Banyak jenama yang meletakkan sensor pengimejan yang terbaik namun adakah sensor tersebut dapat menghasilkan kualiti gambar yang baik dan persis melihatnya dalam keadaan nyata ?

Bagi menyelesaikan masalah ini, OPPO hadir dengan teknologi A.I. Beauty Recognition Technology dimana ia menghasilkan gambar yang lebih tepat.

Teknologi yang telah dibangunkan hasil kajian selama tiga tahun ini adalah berdasarkan pengkalan data yang telah menghimpunkan jutaan sampel gambar wajah dari manusia seluruh dunia. Pangkalan data ini turut mengetahui ciri-ciri wajah manusia pelbagai bangsa.

Dengan hasil teknologi dan kajian ini, menggunakan teknologi A.I. Beauty adalah seolah-olah menggunakan kepakaran jurugambar professional yang sudah bertahun lamanya bekerja, yang mengetahui bagaimana untuk merakam gambar potrait yang cantik.

Menerusi kecerdasan buatan ini, ia telah mempelajari perincian muka kebanyakan manusia, dan menyesuaikannya dengan gambar selfie yang diambil. Malah memandangkan pangkalan data wajah ini dikemaskini setiap hari, kecerdasan buatan ini juga akan bertambah baik dari hari ke hari.

Fungsi ini akan mengesan lebih dari 200 ciri-ciri pada wajah dan dapat mengenal pasti tona wajah pengguna, jenisnya, serta jantina dan juga umur. Ia akan dipadankan dengan pangkalan data mereka bagi menghasilkan selfie yang lebih cantik setiap kali ia dirakam. Seperti contoh, selfie wajah seorang lelaki tidak akan menghasilkan muka mereka lebih halus bagaikan wajah wanita, sebaliknya perincian berdasarkan kecerdasan buatan tersebut akan menghasilkan muka yang lebih maskulin.

Sensor Pengimejan 20MP

Dalam fokus terhadap selfie, tidak dinafikan OPPO telahpun mempopularkan sensor pengimejan yang besar pada bahagian hadapan menghadap muka pengguna, tidak seperti pengeluar lain yang berlumba-lumba meletakkan sensor pengimejan yang besar pada bahagian belakang peranti.

Untuk OPPO F5, mereka telah meletakkan sensor pengimejan 20MP dengan F/2.0 aperture untuk kualiti selfie yang lebih baik, perincian muka yang lebih teliti dan juga pemfokusan yang lebih bagus. Dengan jarak aperture tersebut, ia juga dapat menghasilkan kualiti bokeh yang lebih baik, dan menghasilkan kesan selfie yang tampak professional.

Kualiti Bokeh Yang Bagus Pada Kamera Hadapan

Dalam menghasilkan selfie yang baik, fokus terhadap muka perlu diberikan berbanding latarbelakang dan objek yang lain. Kamera selfie OPPO F5 menghasilkan Bokeh yang bagus berkat spesifikasi kamera 20MP F/2.0 dan juga kecerdasan buatan yang sedia terbina. Bokeh yang dihasilkan juga tampak natural dan tidak dibuat-buat walaupun hanya meletakkan satu kamera untuk tujuan ini, berbanding sesetengah peranti lain yang meletakkan dwi-kamera dibahagian hadapan.

Kamera hadapan ini juga mempunyai fungsi pengecaman wajah yang boleh digunakan untuk mengakses peranti ini. Fungsi Face Unlock dapat diaktifkan pengguna, membolehkan pengguna menyahkunci peranti dengan pantas.


Antara ciri-ciri lain pada OPPO F5 termasuklah paparan nirbingkai 6.0-inci dengan resolusi 2160×1080 yang memberikan pandangan lebih luas pada nisbah 18:9. Dari segi rekaan ia juga turut hadir dengan garis antena yang halus dan tidak mengganggu rekaan, serta kapasiti bateri sebesar 3,200 mAh.

Meskipun fokus utama adalah selfie, kamera dibahagian belakang peranti ini turut dilengkapi dengan sensor pengimejan 16MP f/1.8, yang turut berfungsi dengan baik untuk rakaman gambar harian dan juga mempunyai kualiti yang bagus untuk rakaman pada keadaan yang kurang pencahayaan.

Baca: Pandang Pertama OPPO F5

OPPO F5 yang dijual pada harga RM 1298 ini boleh dibeli secara atas talian menerusi laman rasmi mereka, dan juga menerusi pengedar rasmi di seluruh Malaysia. Dengan pemilikan OPPO F5 ditangan anda, nescaya selfie anda lebih baik dan professional, mencemburukan mereka yang lain.

Beli: Telefon Pintar Dengan Selfie Bekecerdasan Buatan OPPO F5

Penafian: Advertorial Dari OPPO Malaysia.


TIPS & ULASAN