Cari @ Amanz

Sesi permainan komputer boleh berlarutan selama berjam-jam lamanya. Sekiranya anda kerap menonton acara e-sukan, satu perlawanan lengkap boleh mencecah sehingga 10 jam. Oleh itu kawasan punggung boleh menjadi panas duduk terlalu lama. Menyedari hakikat ini Thermaltake telah melancarkan X Comfort Air yang merupakan kerusi dengan sistem penyejuk terbina.

Thermaltake ialah nama yang gah di dalam dunia sistem penyejukan pemproses, RAM dan kad grafik PC. Menggunakan kepakaran puluhan tahun mereka, kerusi X Comfort Air dihasilkan dengan empat kipas penyejuk pada bahagian punggung. Pada tetapan tertinggi, ia boleh mengekalkan suhu ke sekitar 24 darjah Celsius sepanjang masa.

 

Selain daripada itu kerusi yang direka khas untuk penggemar tegar permainan komputer ini mempunyai span tebal, ketinggian boleh laras, boleh disandarkan sehingga 160 darjah dan pelapik lengan ergonomik. Ia boleh dibeli pada harga $500 (~RM 2092) sebuah dengan pilihan warna hitam dan merah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd