Mozilla hari ini telah melancarkan Firefox versi baru dan yang pertama dibawah projek Firefox Quantum. Melalui pelayar web Firefox generasi baru ini, ia membawakan sejumlah perubahan, termasuk menggunakan enjin pelayar web yang diberikan nafas baru – sekaligus menawarkan keupayaan untuk pelayaran web dengan lebih pantas.
Mozilla mengatakan Firefox kini jauh lebih pantas, dan pengguna boleh membuka seberapa tab yang diinginkan dan ia akan menggunakan memori jauh lebih rendah daripada pesaing-pesaing lain – termasuk Chrome.
Disamping enjin baru, Firefox juga kini hadir dengan antaramuka yang dikemaskini dan lebih moden berbanding sebelum ini. Pengguna turut boleh mengubah susunan butang navigasi dan sebagainya berdasarkan kepada keinginan. Pocket turut hadir secara terbina untuk memudahkan anda menyimpan sesuatu artikel untuk dibaca pada kemudian masa.
Bagi anda yang menggunakan Firefox, anda boleh mengemaskini pelayar web anda, atau memuat-turun versi terbaru Firefox ini daripada laman rasmi hari ini.
- Muat-Turun Firefox untuk desktop