iPhone 8, 8 Plus dan X adalah tiga telefon pintar pertama Apple yang menyokong pengecasan tanpa wayar secara rasmi. Ini meletakkannya setanding dengan peranti Android dan Windows Phone yang telah menyokongnya lebih separuh dekad. Tetapi ketika dilancarkan ketiga-tiganya hanya menyokong pengecasan tanpa wayar 5W.
Apple telah mengesahkan selepas kemaskini ke iOS 11.2 kelak, sokongan kepada pengecasan tanpa wayar 7.5W akan disokong. Ini akan mempercepatkan sedikit proses mengecas bateri. Tetapi ini masih lagi lebih perlahan berbanding pengecasan tanpa wayar 15W Samsung yang disokong oleh peranti seperti Galaxy S8.