Cari @ Amanz

Toshiba kini dilihat menstruktur kembali syarikat mereka dan mula menjual beberapa bahagian perniagaan lain. Selain bahagian pengeluaran cip, kini Toshiba dilaporkan akan menjual bahagian TV kepada Hisense.

Toshiba dijangka akan menjual pegangan Toshiba Visual Solutions sebanyak 95% kepada Hisense, dan mereka akan kekal memegang 5% pada syarikat berkenaan. Nilai jualan ini dijangka berharga sekitar $113.6 juta.

Dengan pengambil-alihan bahagian TV Toshiba ini, untuk Hisense ia akan memberikan beberapa kelebihan, termasuk kepakaran dalam pembangunan TV. Proses pengambil-alihan ini dijangka mengambil sedikit masa, dan mungkin selesai seawal Februari 2018 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd