Carian
Projektor 4K HDR BenQ CineHome W1700 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM7999
November 15, 2017 Effi Saharudin

Televsiyen 4K HDR kini mula mengambil alih ruang televisyen HD penuh di ruang tahun penduduk di Malaysia. Kandungan 4K lebih mudah diakses adalah antara penyebab mengapa ia boleh dibeli tanpa was-was. Bagi yang lebih selesa dengan projektor, BenQ CineHome W1700 telah dilancarkan di Malaysia.

Projektor ini menyokong lontaran imej 4K HDR dan juga 3D. Dari jarak 3.2meter ia boleh menghasilkan imej dengan saiz 100 inci. Terdapat dua sambungan HDMI dan satu VGA. Sebuah pembesar suara mono 5W turut disertakan. Di Malaysia BenQ CineHome W1700 dijual pada harga RM7999 bermula Disember ini.

Komen