Pra Tempahan Nubia Z17S Dibuka – Boleh Dimiliki Pada Harga RM2599
Artikel Berkaitan

Pra Tempahan Nubia Z17S Dibuka – Boleh Dimiliki Pada Harga RM2599

Diterbitkan pada November 15, 2017 oleh .

Nubia Z17S dilancarkan pada pertengahan Oktober lalu dengan skrin 18:9. Bagi peminat peranti Nubia di Malaysia, Nubia Z17S akan dilancarkan pada 8 Disember hadapan. Walaubagaimanapun anda boleh melakukan tempahan sekarang pada harga promosi RM2599. Selepas tempoh pra-tempahan harga jualan akan meningkat ke RM3099. Hanya warna warna Aurora Blue ditawarkan di Malaysia

Peranti ini dilengkapi skrin 5.73″ FHD+, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 8 GB dan storan 128 GB. Kamera utama pula sebesar 12+23 Megapixel f/1.8 dengan zoom optikal 2X. Turut disertakan ialah kemampuan mengambil gambar potret dengan kesan khas bokeh. Seperti kamera utama, kamera hadapan juga berkembar 5+5 Megapixel f/2.2. Bateri 3100 mAh yang digunakan menyokong pengecasan pantas 26W NeoPower 3.0 melalui port pengecasan USB-C.

Sumber Nubia melalui LowYat.net

 


TIPS & ULASAN