MaxisONE Prime telah diperkenalkan pada bulan Oktober 2017 yang lepas, dimana melaluinya Maxis menawarkan gabungan pelan jalur-lebar talian tetap dan mudah-alih tanpa had pada harga langganan bulanan.
Ketika pengenalan, Maxis menawarkan pakej 30Mbps dan 100Mbps sahaja. Kini, selain promosi tawaran terhad Maxis untuk MaxisONE Home, Maxis turut menawarkan naik-taraf percuma untuk pakej 30Mbps dibawah MaxisONE Prime kepada kelajuan 50Mbps.
Seperti tawaran hujung tahun Maxis yang lain, pakej ini turut ditawarkan untuk tempoh 24 bulan, dan harga akan berubah kembali selepas tempoh berkenaan.
Bagi anda yang mencari pakej jalur-lebar talian tetap dengan pelan mudah-alih, boleh menyemak pakej 50Mbps dan data tanpa had pada telefon pintar daripada Maxis ini pada harga RM367 sebulan.