Qualcomm Dilaporkan Melabur Pada Syarikat Perkongsian Basikal – Mobike

Qualcomm Dilaporkan Melabur Pada Syarikat Perkongsian Basikal – Mobike

Diterbitkan pada November 15, 2017 oleh .

Qualcomm merupakan salah satu nama yang tidak asing pada hari ini memandangkan cip pemprosesan keluaran mereka menjana sejumlah besar peranti mudah-alih. Selepas menolak tawaran Broadcom, kini Qualcomm dilihat telah membuat beberapa pelaburan pada syarikat teknologi, termasuk salah satunya adalah Mobike.

Mobike merupakan perkhidmatan perkongsian basikal yang turut telah mula beroperasi di Malaysia.

Pelaburan ini mungkin tidak mengejutkan kerana sebelum ini sendiri Qualcomm dan Mobike telah mengumumkan kerjasama untuk arena peranti berhubung.

Nilai pelaburan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.


TIPS & ULASAN