Apple Kini Mendahului Xiaomi Kembali Dalam Arena Peranti Boleh-Pakai

Apple Kini Mendahului Xiaomi Kembali Dalam Arena Peranti Boleh-Pakai

Diterbitkan pada November 15, 2017 oleh .

Pada Ogos lepas, ia telah dilaporkan yang mana Xiaomi mendahului Apple dalam arena peranti boleh-pakai. Kini, menurut data yang dikeluarkan oleh Canalys, Apple dilihat telah sekali lagi merampas kembali takhta dan menduduki tangga teratas dalam arena peranti boleh-pakai.

Salah satu perkara yang menyumbang kepada perkara ini adalah pelancaran Apple Watch Series 3 baru-baru ini yang turut hadir dengan sokongan selular. Menurut Canalys, sekitar 800,000 unit jam tangan pintar dengan selular daripada Apple telah dikeluarkan pada suku ketiga 2017 lepas.

Secara keseluruhan, pada suku lepas, Apple telah mengeluarkan sekitar 3.9 juta Apple Watch, sementara Xiaomi ditangga kedua dengan 3.6 juta peranti boleh-pakai mereka. Ditempat ketiga adalah Fitbit dengan 3.5 juta peranti boleh-pakai.

Dengan perkembangan sihat dan pelbagai promosi penghujung tahun 2017 ini, sama-sama kita lihat persaingan terus meningkat sengit – apatah lagi dengan Samsung yang akan mula memasarkan siri Gear mereka pada suku tahun ini.


TIPS & ULASAN