HTC U11 Mula Menerima Kemaskini Android Oreo

Diterbitkan pada Nov 15, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mengikut angka terkini dari Google, hanya 0.3% peranti kini menggunakan Android Oreo selepas beberapa bulan ia diperkenalkan. Ini ialah peratusan yang amat rendah bagi sebuah sistem operasi baru. Angka ini akan terus meningkat dengan semakin banyak pengeluar mula memberikan kemaskini bulan ini.

Bagi pemilik HTC U11, kemaskini telah mula diterima hari ini. Buat masa ini peranti dari Taiwan menerimanya terlebih dahulu. Saiz muat turun ialah sebesar 1.33 Gigabyte. Selain Android Oreoo 8.0, kemaskini ini turut memberikan fungsi terkini Edge Panel dan antaramuka baru HTC Sense. Biasanya kemaskini untuk peranti HTC di Malaysia akan berlaku beberapa minggu selepas ia muncul di Taiwan. Pengguna di Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk menggunakan sistem operasi terbaru ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami