Peranti keluaran Infinix mula memasuki pasaran Malaysia tahun ini. Syarikat dari Hong Kong ini telah melancarkan peranti terbaru mereka iaitu Infinix Zero 5 hari ini. Ia sebuah peranti dengan skrin 5.98″ IPS LCD, dijana pemproses MediaTek Helio P25, memori sebesar 6GB dan storan 64/128 GB.
Kamera utama pada bahagian belakang menggabungkan 12+13 Megapixel f/2.0+f/2.6 lengkap dengan zoom optikal 2X. Kamera hadapan pula adalah sebesar 16-Megapixel. Menguasai peranti ini ialah bateri sebesar 4350 mAh yang menyokong pengecasan pantas melalui port USB-C. Ia masih lagi menggunakan sistem operasi Android 7.0 dengan pelancar XOS keluaran Infinix. Di India ia ditawarkan pada harga bermula INR 17,999 (~RM 1150) sebuah.