Cari @ Amanz

Di sekolah ketinggian IQ diuji dengan mengambil ujian MENSA. Antara yang diuji ialah kemahiran matematik pantas, logik, mengesan corak dan pengetahuan am. Golongan gamer sering dituduh tidak pintar kerana mereka juga jarang sekali mencatatkan keputusan akademik yang tinggi. Kajian terkini dari University of York mungkin akan mengubah persepsi mengenai IQ dan kepintaran akademik.

Selepas mengkaji pemain MOBA seperti DOTA 2 dan League of Legends, mereka mendapati pemain yang mempunyai kepakaran yang tinggi sebenarnya mempunyai tahap IQ yang tinggi. Ini adalah kerana keputusan yang diambil di dalam arena adalah sama seperti pergerakan di atas papan catur. Strategi perlu diubah dengan pantas mengikut pergerakan musuh sepanjang masa. Apabila pemain terbaik ini diuji di dalam ujian IQ, kajian mendapati mereka mencatatkan markah yang tinggi.

Pada waktu yang sama kajian mendapati pemain FPS tidak memerlukan IQ yang tinggi. Di dalam FPS kepantasan jari dan kepakaran membidik sasaran sahaja diperlukan. Oleh itu sekiranya anda pakar dalam permainan MOBA, terdapat kebarangkalian anda sebenarnya mempunyai IQ yang tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd