Cari @ Amanz

Pernahkah anda mengambil gambar dan kemudian teras seperti ini mencetaknya tetapi kerana kesibukan tidak sempat pergi ke kedai gambar? Realitinya di tahun 2018 jutaan gambar diambil setiap minit tetapi tidak banyak akan dicetak. Bagi yang malas ke kedai gambar tetapi masih mahu mencetak, kini wujud Polaroid Insta-Share Printer dari Motorola.

Ia adalah Moto Mods terkini untuk peranti modular keluarga Motorola Moto Z. Polaroid Insta-Share Printer mencetak gambar bersaiz 2×3″ menggunakan teknologi Poloroid ZINK. Terdapat pelekat pada bahagian belakang setiap gambar bagi memudahkannya dilekatkan pada dinding peti sejuk misalnya. Butang melancarkan kamera terbina terdapat pada sisi pencetak ini.

Selain gambar dari kamera, Polaroid Insta-Share Printer juga boleh mencetak gambar terus dari Facebook, Instagram dan Google Photos. Harga jualan masih belum diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd