Cari @ Amanz

Jun yang lalu kami melaporkan syarikat kereta terbang Terrafugia telah diambil alih oleh firma automotif Geely dari China. Pengambilalihan ini akhirnya dilengkapkan oleh kedua-dua belah pihak semalam. Terrafugia secara rasmi menjadi anak syarikat di bawah payung Zhejiang Geely Holding Group yang turut memiliki Volvo dan separuh saham Proton.

Geely akan komited menghasilkan kenderaan terbang Terrafugia dengan sasaran menjualnya seawal 2019. Mereka juga berjanji mengekalkan proses pengilangan dan pekerja di Amerika Syarikat. Malahan jumlah jurutera telah meningkat ke 100 berbanding 30 sebelum diambil alih. Dengan sokongan konglomerat gergasi ini, Terrafugia bercadang melancarkan kereta terbang versi VTOL pada tahun 2023 pula.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd