Google Maps Diberikan Nafas Baru

Google Maps Diberikan Nafas Baru

Diterbitkan pada November 16, 2017 oleh .

Google hari ini telah memperkenalkan rekaan antaramuka baru untuk aplikasi pemetaan mereka, Google Maps. Melalui rekaan baru ini, Google mengatakan ia menawarkan rekaan yang lebih moden dan kemas berbanding sebelum ini.

Google Maps

Disamping itu, ia kini turut mengikut kaedah aktiviti yang sedang anda lakukan ketika menggunakan Google Maps. Sebagai contoh, ketika berada dalam pengangkutan – Google Maps akan lebih memfokuskan kepada arah perjalanan, dan jika sedang bercuti ia akan memfokuskan kepada tempat menarik sekitar anda.

Google Maps juga kini menyertakan sejumlah rekaan ikon baru yang lebih ceria berbanding sebelumnya.

Kemaskini baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat oleh Google untuk semua pengguna Google Maps pada peranti mudah-alih dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN