Huawei Mate 10 Pro Dengan Kirin 970, 6GB RAM Dan Kamera Leica Kini Boleh Dipra-Tempah

Huawei Mate 10 Pro Dengan Kirin 970, 6GB RAM Dan Kamera Leica Kini Boleh Dipra-Tempah

Diterbitkan pada November 16, 2017 oleh .

Huawei Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk Huawei Mate 10 Pro di Malaysia, dimana ia ditawarkan pada harga RM3099.

Huawei Mate 10 Pro

Huawei Mate 10 Pro

Huawei Mate 10 Pro hadir dengan rekaan premium dan menggunakan nisbah skrin 18:9. Ia dilengkapi dengan cip Kirin 970, memori 6GB RAM dan juga ruangan storan 128GB. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 4000mAh, serta menggunakan dwi-kamera Leica pada bahagian belakang.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh pra-tempahnya hari ini. Huawei Malaysia dijangka akan menjualnya secara terbuka bermula 24 November 2017 kelak.


TIPS & ULASAN