Planet Seumpama Bumi Ross 128b Ditemui Pada Jarak 11 Tahun Cahaya

Planet Seumpama Bumi Ross 128b Ditemui Pada Jarak 11 Tahun Cahaya

Diterbitkan pada November 16, 2017 oleh .

Sumber semula jadi di bumi semakin luput kerana kerakusan manusia. Pencemaran semakin meningkat sehingga ada yang merasakan bumi tidak dapat diselamatkan. Untuk meneruskan kelangsungan spesis, Professor Stephen Hawking mencadangkan manusia perlu berhijrah ke planet lain. Awal tahun ini tujuh buah eksoplanet seumpama bumi ditemui di Trappist-1 pada jarak 40 tahun cahaya. Sekumpulan saintis dari Eropah telah menemui planet baru yang terletak hanya 11 tahun cahaya dari bumi.

Planet

Planet Ross 128b dianggarkan mempunyai 1.35 jisim Bumi. Ia juga dipercayai mempunyai suhu di dalam julat suhu -60 sehingga 20 darjah Celsius. Dari pengamatan awal, para saintis yang sama merasakan ia mempunyai potensi untuk menampung kehidupan. Sekiranya teknologi semasa digunakan untuk mengembara ke Ross 128b, ia akan mengambil masa 47,992 tahun untuk tiba ke destinasi. Ini masih lagi lebih pendek berbanding 174,516 tahun untuk tiba ke Trappist-1.


TIPS & ULASAN