Lenovo Mula Menawarkan Yoga 720 & Yoga 520 Untuk Pasaran Tempatan – Bermula RM2799

Lenovo Mula Menawarkan Yoga 720 & Yoga 520 Untuk Pasaran Tempatan – Bermula RM2799

Diterbitkan pada November 16, 2017 oleh .

Bersama-sama dengan pelancaran Yoga 920, Lenovo juga turut menawarkan Lenovo Yoga 720 dan Lenovo 520 untuk pasaran Malaysia dengan penawaran spesifikasi yang lebih terkini. Kedua-dua peranti ini meneruskan legasi Lenovo Yoga, dengan menawarkan peranti 2-dalam-1 melalui pembukaan peranti 360-darjah.

Lenovo Yoga 720 telah menampilkan skrin IPS bersaiz 13.3” FHD, cip Intel Core i5, memori 8GB RAM DDR4, dan storan 256GB SSD. Ia juga turut menawarkan sokongan stylus melalui Lenovo Active Pen 2, dan masa bertahan bateri sehingga 10.5 jam.

Lenovo Yoga 520 pula membawakan skrin 14” FHD, cip Intel Core i5-7200U, memori 4GB RAM, dan storan dalaman 1TB berasaskan HDD. Menariknya, ia dilengkapi dengan NVIDIA GeForce GT940MX 2GB bagi membolehkan pengguna menjalankan tugasan dan permainan yang memerlukan sokongan grafik.

Di Malaysia, Lenovo Yoga 720 telah ditawarkan pada harga bermula RM5599, sementara Lenovo Yoga 520 dijual pada harga bermula RM2799. Kedua-dua peranti ini boleh didapati melalui kedai-kedai rasmi Lenovo Malaysia dan Lenovo Store di laman Lazada.

Baca : Layari: Lenovo Store di Lazada


TIPS & ULASAN