Cari @ Amanz

Teknologi grafik untuk komputer riba kini makin maju dan NVIDIA kini mempelopori teknologi tersebut dengan teknologi Max-Q yang membolehkan pembina-pembina laptop ini memasukkan kad grafik gred desktop kedalam peranti-peranti mereka.

Bagi mereka yang menginginkan sebuah laptop yang nipis, tetapi kuasa grafik yang lebih berkuasa daripada apa yang terbina didalam CPU Intel, NVIDIA juga mempunyai kad grafik berkuasa rendah NVIDIA GeForce MX150. Terkini, mereka baru sahaja mengumumkan kehadiran dua kad grafik baru didalam siri GeForce MX ini, iaitu NVIDIA GeForce MX130 dan juga MX110 yang berdasarkan cip grafik GM108 Maxwell generasi lepas.

Menurut NVIDIA, cip grafik GeForce MX130 ini 2.5 kali ganda lebih laju daripada cip grafik dalaman Intel UHD 620, manakala cip GeForce MX110 pula 1.5 kali lebih laju daripada cip Intel tersebut.

Buat masa ini, NVIDIA masih belum lagi mengumumkan bilakah cip-cip grafik ini akan mula digunakan, dan juga jenama-jenama laptop yang akan hadir dengan cip grafik ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd