Carian
Kemungkinan Stesen Angkasa China Jatuh Di Malaysia Adalah Rendah
November 16, 2017 Aman

Sejak beberapa hari lepas, salah satu berita yang tular di arena media sosial adalah mengenai kemungkinan stesen angkasa China terjatuh di Malaysia. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Agensi Angkasa Negara telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), kemungkinan untuk Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah. Kebarangkalian ia jatuh di Malaysia adalah hanya 0.09% sekiranya mengambil kemungkinan ia jatuh meliputi kawasan seluas 329960.22 kilometer, dan Malaysia terletak dalam keluasan berkenaan.

Tiangong-1 adalah stesen angkasa milik China yang telah dilancarkan pada September 2011 lepas, dan ia telah beroperasi selama 6 tahun. China sebelum ini telah mengatakan ia akan jatuh ke atmosfera bumi pada penghujung 2017 kelak.

Walaubagaimanapun, menurut pihak China, kebanyakkan komponen dan struktur daripada Tiangong-1 akan musnah terbakar ketika memasuki atmosfera bumi dan mendatangkan kerosakan pada aktiviti di bumi termasuk penerbangan adalah rendah.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenainya, termasuk ramalan berkaitan pergerakan stesen angkasa ini dalam masa terdekat ini.

Komen