Doogee Akan Melancarkan Peranti Dengan Skrin Melengkung Tahun Hadapan

Doogee Akan Melancarkan Peranti Dengan Skrin Melengkung Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 16, 2017 oleh .

Skrin melengkung kini boleh ditemui pada beberapa peranti Samsung Galaxy S8 dan Huawei Mate 10 Pro. Lengkungan terhad kepada bahagian sisi bagi memberikan rekaan seperti tiada bingkai sisi. Sebelum itu Samsung terlebih dahulu melancarkan Galaxy Round dengan skrin melengkung. Rekaan ini nampaknya akan turut digunakan pada peranti Doogee tahun hadapan.

@@evleaks mendedahkan maklumat dan gambar skrin peranti melengkung yang sedang dibangunkan oleh Doogee. Berbeza dengan Galaxy Round, peranti Doogee ini dikatakan akan mempunyai rekaan nirbingkai 18:9, memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB. Ini sekaligus mungkin menjadikannya peranti skrin lengkung nirbingkai pertama di pasaran.


TIPS & ULASAN