Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan Skype Lite untuk pengguna Android di India. Kini, selain hanya khusus untuk India, pihak Microsoft dilihat telah membuka penawarannya untuk pengguna dinegara-negara lain termasuk Malaysia.

Buat masa ini, Skype Lite masih dilabelkan sebagai Unreleased, bermakna ia masih pada peringkat pembangunan dan belum stabil sepenuhnya.

Skype Lite

Skype Lite dioptimasikan untuk negara-negara membangun yang mana memfokuskan kepada penggunaan storan terhad, berfungsi pada data dengan kelajuan rendah serta beberapa ciri-ciri lain.

Pengguna boleh membuat panggilan suara terus melaluinya, mengawal penggunaan data, selain membuat panggilan video dengan data yang lebih kurang berbanding aplikasi Skype biasa. Pengguna juga turut boleh mengakses ciri bot melaluinya untuk memudahkan beberapa tugasan.

Bagi anda yang berminat, boleh menguji aplikasi Skype Lite ini hari ini di Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd