Cari @ Amanz

Twitter ThreadTwitter hari ini telah mula menguji ciri membuat bebenang Tweet pada aplikasi Android. Ciri ini dilihat diuji pada aplikasi versi beta mereka sahaja buat masa ini.

Dengannya, selain had maksima aksara yang dipertingkatkan kepada 280 aksara, pengguna turut boleh menambah Tweet kedua, ketiga dan seterusnya dengan menekan pada butang “+” yang diletakkan pada bahagian bawah ketika ingin menulis Tweet.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian beta, dan mungkin kita melihat mereka memperkenalkannya secara meluas tidak lama lagi.

Bagi anda, apa pendapat anda mengenai ciri baru ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd