Digi Menghentikan Penawaran Perkhidmatan Storan Awan, Capture

Digi Menghentikan Penawaran Perkhidmatan Storan Awan, Capture

Diterbitkan pada November 16, 2017 oleh .

Digi kini dilihat telah mengemaskini beberapa penawaran mereka, dan mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan menawarkan perkhidmatan Capture untuk pengguna baru bermula 1 November 2017.

Capture merupakan salah satu perkhidmatan storan awan memfokuskan menyimpan gambar dan video – sekaligus membolehkan anda menjimatkan ruangan di telefon pintar anda.

Digi turut mengatakan yang mana pengguna Capture sedia ada yang telah mengaktifkan storan 30GB atau 100GB tidak boleh menggunakan Capture selepas 10 Januari 2018 kelak. Ini bermakna, anda hanya akan terhad untuk 2GB storan percuma sahaja.

Perkhidmatan Capture juga akan ditamatkan sepenuhnya untuk pengguna Malaysia bermula 1 Mac 2018 akan datang.

Bagi anda yang menggunakan Capture, anda boleh memuat-turun semua gambar dan video yang telah dimuat-naik melalui laman Capture Take-out menggunakan komputer anda.


TIPS & ULASAN