Duolingo merupakan salah satu aplikasi dan perkhidmatan yang memudahkan anda mempelajari bahasa baru. Terkini, hari ini Duolingo turut menambah kursus mempelajari bahasa Mandarin melalui aplikasi mereka.
Melalui Duolingo, anda boleh mempelajari bahasa pertuturan asas, termasuk huruf dan tona sebutan. Duolingo turut dilihat menawarkan bahagian khusus memfokuskan perniagaan – sekaligus memudahkan anda mempelajari bahasa komunikasi berkaitan perniagaan dengan idea untuk membolehkan anda berurusan dengan para peniaga di China.
Bagi anda yang menggunakan peranti Android atau iOS, anda boleh memuat-turun Duolingo hari ini, dan cuba pelajari bahasa Mandarin melaluinya.
- Muat Turun
- Muat-Turun Duolingo untuk Android
- Muat Turun
- Muat-Turun Duolingo untuk iPhone