Cari @ Amanz

Honor di Malaysia telah menjadualkan pelancaran telefon pintar terbaru Honor 7X pada bulan Disember ini. Kini, selain daripada Honor 7X, pihak Honor dilihat mempunyai satu lagi telefon pintar baru yang dinamakan sebagai Honor V10.

Honor V10

Honor V10 mungkin membawakan penawaran lebih kurang sama seperti Huawei Mate 10 Pro. Menurut desas-desus, ia dikatakan Honor V10 bakal dilengkapi skrin 6-inci nirbingkai dengan skrin 18:9, dijana menggunakan cip Kirin 970, memori 6GB RAM serta storan sehingga 128GB.

Ia turut dijangka dilengkapi dwi-kamera belakang yang mengabungkan lensa 16MP dan 20MP. Melengkapkan peranti ini adalah EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo.

Seperti biasa, kita akan mendengar lanjut dan mengetahui ciri-ciri yang dibawakan olehnya pada 28 November kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd