Cari @ Amanz

Menurut statistik yang dikeluarkan SKMM, kadar penembusan digital di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini sekaligus melestarikan dunia teknologi bukan sekadar di ibu negeri dan juga bandar utama, malah termasuklah kawasan luar bandar. Bagi memenuhi permintaan peminat-peminat gajet dunia teknologi, MARA telah hadir dengan inisiatif membawakan Gedung Digital ke lokasi terpilih dan lokasi terbaru ialah di Bandar Kuantan, Pahang.

Seperti Gedung MARA Digital yang terdahulu, di gedung ini menawarkan pelbagai barangan gajet dan teknologi pada harga berpatutan, disamping terjamin keasliannya. Selain dari itu pengguna juga boleh mendapatkan khidmat baikpulih peranti dengan mudah, dan tidak akan menghadapi masalah akan kekurangan alat gantian.

Sebagai badan yang memegang amanah rakyat, MARA turut menyediakan peluang perniagaan menerusi kewujudan gedung ini. Bagi program Gedung MARA Digital ini, mereka turut membantu menghubungkan peniaga dengan penyedia gajet dan barangan berkaitan bagi meluaskan pasaran mereka. Selain dari itu, terdapat juga tunjuk ajar diberikan oleh usahawan yang berpengalaman kepada usahawan baru yang mengusahakan perniagaan di Gedung MARA Digital ini.

Gedung MARA Digital terletak di Plaza Gambut ditengah-tengah bandar Kuantan, berhampiran dengan Berjaya Megamall, Kuantan Parade dan East Coast Mall. Di gedung ini menempatkan 10 kedai konsep serta 8 kiosk serta turut menyediakan ruang untuk industri kecil dan sederhana bagi menempatkan perniagaan mereka.

Gedung MARA Digital Kuantan merupakan gedung keempat selepas Gedung MARA Digital di Kuala Lumpur, Shah Alam, dan juga Ipoh, Perak. Malah terdapat lagi dua cawangan Gedung MARA Digital bakal dibuka iaitu di Sungai Rambai, Melaka dan juga Larkin, Johor.

Dengan adanya Gedung MARA Digital pertama di kawasan pantai timur, ia secara tidak langsung memudahkan pemilikan sebarang gajet teknologi, disamping bakal memudahkan pengguna untuk mengakses kandungan teknologi, sekaligus membawa kemajuan kepada negara.

Penafian: Advertorial Dari Gedung MARA Digital

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd