Bixby Voice Akan Menyokong Bahasa Mandarin Bermula 30 November

Bixby Voice Akan Menyokong Bahasa Mandarin Bermula 30 November

Diterbitkan pada November 17, 2017 oleh .

Bixby ialah pembantu maya keluaran Samsung yang cuba menandingi Siri, Google Assistant dan Alexa. Ia pertama kali diperlihatkan pada pelancaran Galaxy S8 dan penggunaannya akan diperluaskan lagi oleh Samsung. Buat masa ini ia menyokong bahasa Inggeris dan Korea.

Bermula 30 November hadapan ia akan akhirnya menyokong bahasa Mandarin. Samsung China telah membuka ujian Beta beberapa minggu yang lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Sokongan bahasa baru ini adalah baik buat pengguna dan akan diikuti pula oleh Bixby 2.0 yang akan mempertingkatkan lagi kemampuannya sebagai pembantu maya yang turut boleh mengawal semua produk pintar Samsung.


TIPS & ULASAN