Apple iPhone X Boleh Dipra-tempah Di Malaysia Bermula Hari Ini

Apple iPhone X Boleh Dipra-tempah Di Malaysia Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada November 17, 2017 oleh .

Syarikat telekomunikasi tempatan seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile telah mula menawarkan pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru Apple, iaitu iPhone X bermula hari ini. Selain syarikat telekomunikasi, pengedar rasmi Apple seperti Machines dan Switch turut telah mula mengambil pra-tempahan tanpa sebarang pakej telekomunikasi.

Seperti ramai sedia maklum, iPhone X merupakan telefon pintar generasi baru daripada Apple yang hadir dengan skrin 5.8-inci penuh pada bahagian hadapan, menggantikan TouchID kepada Face ID, serta dilengkapi kamera yang gabungan 12MP dibelakang, selain 7MP dihadapan.

Melalui syarikat telekomunikasi, pengguna ditawarkan dengan pakej pascabayar tersendiri yang tertakluk kepada kontrak – sekaligus menawarkan peranti pada harga yang disubsidi sedikit.

iPhone X dijual pada harga bermula RM5149 untuk model 64GB, dan model 256GB ditawarkan pada harga RM5899.


TIPS & ULASAN