MSI Hadir Dengan Desktop Baru Dengan Sokongan Lewahjam – Infinite X

MSI Hadir Dengan Desktop Baru Dengan Sokongan Lewahjam – Infinite X

Diterbitkan pada November 17, 2017 oleh .

MSI sebelum ini telah memperkenalkan MSI Infinite A, salah satu desktop berkuasa tinggi mereka. Terkini, pengeluar perkakasan komputer berkuasa tinggi berkenaan turut telah hadir dengan sebuah lagi variasi desktop baru dibawah keluarga Infinite, melalui MSI Infinite X.

MSI Infinite X

MSI Infinite X menawarkan rekaan lebih kurang sama seperti Infinite A sebelum ini, tetapi dengan kuasa pemprosesan lebih terkini. MSI Infinite X menggunakan cip Intel Core generasi ke-8, dilengkapi sokongan memori sehingga 64GB RAM, storan 512GB SSD + 2TB HDD, dan juga sokongan kad grafik GTX 1080 Ti. MSI turut melengkapkan desktop ini dengan penyejuk tersendiri dinamakan MSI Liquid Cooling.

MSI Infinite X

Berbeza dengan sebelum ini juga, MSI Infinite X hadir dengan sokongan lewahjam (overclock) melalui penggunaan perisian MSI tersendiri. Desktop ini juga menawarkan panel pilihan dengan sokongan RGB pada bahagian hadapan, dan panel kerangka kaca pada bahagian tepi.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN