Kedai Xiaomi Di IOI City Mall Kini Dibuka

Kedai Xiaomi Di IOI City Mall Kini Dibuka

Diterbitkan pada November 17, 2017 oleh .

Bagi penduduk sekitar IOI City Mall dan kawasan berdekatan, hari ini ada berita menarik. Ruang jualan Xiaomi akhirnya dibuka secara rasmi di IOI City Mall hari ini. Kali pertama kewujudan ruang jualan ini ialah pada penghujung Spetember yang lalu.

Ruang jualan fizikal yang ketiga di Malaysia ini dibuka bagi memudahkan pengguna mendapatkannya secara luar talian. Pengguna boleh mencuba sendiri peranti-peranti dan aksesori sebelum melakukan pembelian. Seperti di Suria KLCC dan Queenbay Mall, terdapat juga produk yang masih belum ditawarkan di ruang pameran untuk dicuba oleh pengguna. Di manakah lokasi seterusnya kedai Xiaomi ini harus dibuka?

Sumber XiaomiMy melalui LowYat.Net


TIPS & ULASAN