Honor 8 Pro Kini Ditawarkan Pada Harga RM1799

Honor 8 Pro Kini Ditawarkan Pada Harga RM1799

Diterbitkan pada November 17, 2017 oleh .

Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan tawaran promosi untuk peranti mereka bersempena dengan penghujung tahun dan juga hari Natal menjelang tiba. Bermula daripada hari ini, sehingga 7 Januari 2018 kelak, pengguna tempatan boleh mendapatkan pelbagai produk Honor pada harga diskaun.

Menjadi fokus utama adalah telefon pintar Honor 8 Pro dengan fokus terhadap spesifikasi tinggi dan juga untuk permua. Ia kini ditawarkan pada harga RM1799 – menerima potongan RM200 berbanding harga asal sebelum ini, selain turut hadir dengan beberapa aksesori serta kandungan khusus.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 5.7-inci QHD, dilengkapi memori sehingga 6GB RAM, cip Kirin 960, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Honor 8 Pro turut menggunakan dwi-kamera belakang 12-megapixel.

Pada harga RM1799, ia boleh dikatakan antara telefon pintar berspesifikasi tinggi yang menarik di pasaran.

Selain Honor 8 Pro, pihak Honor Malaysia juga turut telah menawarkan Honor 8 pada harga bermula RM1399.


TIPS & ULASAN