Razer sebelum ini telah memperkenalkan Razer Hammerhead BT untuk pelbagai peranti mudah-alih. Kini, dengan pengenalan Razer Phone yang hadir dengan port USB-C, pihak Razer turut mengambil peluang untuk memperkenalkan fon telinga mereka dengan sokongan USB-C.
Selain pada Razer Phone, pengguna turut boleh menggunakan fon telinga Razer Hammerhead ini pada sebarang telefon Android lain melalui sokongan USB-C.
Fon telinga ini hadir dengan sokongan kualiti yang baik hasil penggunaan pemacu audio 10mm, selain pengubah DAC khusus untuk menghasilkan output digital yang baik.
Buat masa ini, ia telah ditawarkan bermula dari Amerika Syarikat pada harga USD$79.99 dan dijangka dipasarkan pada peringkat global bermula awal 2018 kelak.