Cari @ Amanz

Mengikut perangkaan yang dikongsi oleh WHO, lebih 2 bilion insan di dunia tidak mempunyai akses kepada tandas yang sempurna. Antara negara dengan masalah pembuangan najis besar dan kecil di tempat terbuka yang paling serius ialah India. Telanagana, yang merupakan sebuah wilayah yang terletak di Selatan India cuba membasmi masalah ini dengan menggunakan dron.

Pihak polis diberikan dron untuk melakukan rondaan berhampiran empangan Lower Manair yang menjadi kawasan pembuangan pilihan penduduk tempatan. Pembuangan najis yang tidak terkawal menyebabkan pencemaran berlaku kepada sumber air penduduk setempat. Video dan gambar mereka yang membuang najis kemudian akan disebarkan bagi menimbulkan kesipuan sekaligus mengelakkan mereka dari mengulanginya.

Ujian awal menunjukkan kesan positif dengan jumlah penduduk yang membuang najis secara terbuka dilaporkan menurun dengan mendadak. Sekiranya berjaya, program penggunaan dron ini akan digunakan dengan lebih meluas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd