YouTube Untuk Android Kini Menawarkan Paparan Dioptimasikan Untuk Skrin 18:9

YouTube Untuk Android Kini Menawarkan Paparan Dioptimasikan Untuk Skrin 18:9

Diterbitkan pada November 18, 2017 oleh .

Pada tahun ini, kita telah melihat sejumlah telefon pintar yang diperkenalkan dengan sokongan skrin pada nisbah paparan 18:9. Perkara ini juga turut membuatkan pembangun aplikasi mengoptimasikan aplikasi mereka untuknya – dan tidak ketinggalan adalah Google untuk aplikasi YouTube mereka.

Samsung Galaxy S8

Terkini, selepas menawarkan ciri pinch-to-zoom untuk Pixel 2 XL sebelum ini, kini ciri berkenaan turut diperluaskan kepada semua telefon pintar Android dengan skrin 18:9.

Pengguna peranti seperti Galaxy S8, Nova 2i dan sebagainya boleh memuat-turun versi terkini YouTube, dan “mencubit” paparan apabila menonton video pada skrin penuh. Ia seterusnya akan mengoptimasikan paparan untuk skrin 18:9, sekaligus membuang bar berwarna hitam ditepi yang mungkin tidak digemari oleh sesetengah pengguna.

Bagi anda yang menggunakan peranti 18:9, boleh memuat-turun aplikasi YouTube terkini dan mencubanya sendiri.


TIPS & ULASAN