Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat beberapa perkhidmatan DNS yang popular, termasuk OpenDNS dan juga daripada Google sendiri. Kini, selain daripadanya, sebuah perkhidmatan DNS baru telah dilancarkan dinamakan sebagai Quad9 dengan fokus untuk menjadikan pelayaran web anda lebih selamat lagi.

Quad9

Quad9 dilancarkan oleh Global Cyber Alliance (GCA) bersama-sama dengan IBM dan juga Packet Clearing House.

Dengan menggunakan DNS daripada Quad9 ini, ia akan menghalang pelbagai domain yang berbahaya untuk sistem, termasuk botnet, serangan phishing dan juga hos-hos yang berbahaya.

Perkhidmatan Quad9 ini mengatakan mereka menyemak sejumlah pangkalan data untuk mengenal-pasti sebarang domain yang berbahaya – termasuk menggunakan pangkalan data IBM X-Force dan sebagainya.

Quad9 ini ditawarkan secara percuma, dan memerlukan pengguna mengubah DNS pada sistem komputer anda 9.9.9.9, atau terus melakukan perubahan pada penghala (router) anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd