Cari @ Amanz

KFC sebelum ini pernah hadir dengan beberapa produk yang boleh dikatakan kadang-kala “kelakar” atau “tidak masuk akal”. Terkini, mereka hadir dengan sebuah lagi produk baru yang dinamakan sebagai Internet Escape Pod.

KFC Internet Escape Pod ini berbentuk kubah, dan boleh memuatkan sehingga 4 orang didalamnya.

KFC Internet Escape Pod

KFC mengatakan melalui kubah ini, ia direkabentuk untuk melindungi anda daripada dunia internet yang berhubung ke peranti anda. KFC menggunakan bahan seperti keluli, kain yang tebal, serta lapisan cat khusus untuk mengelak daripada anda menerima sebarang rangkaian didalamnya.

KFC turut menekankan yang mana mereka telah sedaya upaya mengambil-langkah untuk menghalang peranti anda untuk berhubung dengan dunia luar sebaik sahaja berada dalam kubah Internet Escape Pod ini.

KFC Internet Pod ini ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja, dan ditawarkan pada harga $10,000 iaitu sekitar RM41,550 mengikut kadaran mata wang semasa artikel ini ditulis.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd