#StainGate – Apple Melanjutkan Tempoh Penukaran Percuma Pelindung Skrin MacBook Sehingga Empat Tahun

#StainGate – Apple Melanjutkan Tempoh Penukaran Percuma Pelindung Skrin MacBook Sehingga Empat Tahun

Diterbitkan pada November 20, 2017 oleh .

Pada tahun 2015, pengguna Apple MacBook Pro Retina melaporkan masalah pelindung skrin yang terlalu mudah tercalar. Akibatnya paparan kelihatan buruk kerana calar pada pelindung menghalang imej dari dilihat dengan mudah. Apple segera memberikan pertukaran pelindung skrin MacBook percuma asalkan ia berusia kurang dari tiga tahun.

Menurut laporan MacRumors, Apple kini telah menambah senarai MacBook yang layak menerima gantian percuma. Mereka juga meningkatkan tempoh kelayakan pertukaran pelindung kepada empat tahun dari tarikh pembelian MacBook. Senarai lengkap model yang layak adalah seperti di bawah.

  1. MacBook Pro (13-inci, Awal 2013)
  2. MacBook Pro (15-inci, Awal 2013)
  3. MacBook Pro (13-inci, Lewat 2013)
  4. MacBook Pro (15-inci, Akhir 2013)
  5. MacBook Pro (13-inci, Pertengahan 2014)
  6. MacBook Pro (15-inci, Pertengahan 2014)
  7. MacBook Pro (13-inci, Awal 2015)
  8. MacBook Pro (15-inci, Pertengahan 2015)
  9. MacBook Pro (13-inci, 2016)
  10. MacBook Pro (15 inci, 2016)
  11. MacBook Pro (13-inci, 2017)
  12. MacBook Pro (15-inci, 2017)
  13. MacBook (12-inci, Awal 2015)
  14. MacBook (12-inci, Awal 2016)
  15. MacBook (12-inci, Awal 2017)

Masalah Staingate ini berlaku kerana tekanan pada skrin menyebabkan pelindung mengalami kerosakan. Berita baik bagi pemilik ialah tempoh jaminan telah dilanjutkan dan mereka boleh menggunakan MacBook tanpa perlu risau perlu membayar kos gantian dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN