Cari @ Amanz

Panel solar biasanya dipasang pada kerangka besi yang tidak boleh dilentur. Ini menyebabkannya tidak boleh dipasang dengan mudah pada rumah atau bangunan komersial dengan mudah. Teknologi solar sudah semakin maju dan panel boleh lentur Tarpon Solar dihasilkan dan ia terbina pada kanopi kanvas.

Tarpon Solar seluas 1 meter persegi boleh menghasilkan 120 W kuasa elektrik. Ia juga  menggunakan sel solar CIGS ( Copper-Indium-Gallium-Selenium) yang tidak mengandungi Cadmium yang adalah toksik kepada alam sekitar. Oleh itu penghasilan tenaga elektrik yang lestari ini semakin mesra alam.

Pengeluar Tarpon Solar bepangkalan di Norway dan berharap penggunaan panel solar akan semakin berkembang kerana ia boleh menggantikan kanopi kanvas biasa. Ia juga boleh digunakan untuk membekalkan tenaga pada khemah bencana alam dan kem pelarian.

Dengan kepelbagaian teknologi hijau di pasaran sekarang serta harga minyak yang meningkat semula, panel solar seperti Tarpon Solar ini mungkin boleh digunapakai di Malaysia. Kami boleh membayangkan penggunaannya di restoran mamak dan khemah kenduri perkahwinan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd