Ragnarok Online Bakal Diperkenalkan Kembali Untuk Pengguna Malaysia

Ragnarok Online Bakal Diperkenalkan Kembali Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada November 20, 2017 oleh .

Ragnarok Online merupakan salah satu permainan atas-talian yang popular sekitar sedekad yang lepas. Melaluinya, para pemain boleh memainkan watak pilihan mereka daripada pahlawan, usahawan, ahli sihir, pembunuh, dan sebagainya.

Ia turut telah berevolusi kepada generasi kedua dengan grafik yang lebih tinggi sebelum ini, tetapi versi pertama Ragnarok Online masih kekal di memori ramai pemain seluruh negara.

Ragnarok Online

Kini, ia dilihat pelayan rasmi untuk permainan asal berkenaan bakal dilancarkan kembali untuk pengguna tempatan. Kali ini, ia hadir daripada Electronics Extreme, dan turut mendapat sokoganpembangun asal Ragnarok Online, iaitu Gravity Co. Ltd.

Electronics Extreme menjadualkan tarikh 22 November ini untuk pengumuman berkaitan dengan pelancaran kembali Ragnarok Online ini untuk pasaran tempatan. Sementara itu, anda boleh menyemak laman rasmi Ragnarok Online, dan bersedia untuk memainkan kembali permainan nostalgia ramai ini.

Layari : Ragnarok Online


TIPS & ULASAN