Pesawat Udara Terbesar Di Dunia Airlander 10 Mengalami Kecelakaan Selepas Ujian Penerbangan

Pesawat Udara Terbesar Di Dunia Airlander 10 Mengalami Kecelakaan Selepas Ujian Penerbangan

Diterbitkan pada November 20, 2017 oleh .

Pesawat udara terbesar di dunia Airlander 10 mengalami kecelakaan pada hujung minggu yang lalu, Ia terlepas dari tambatan selepas berjaya melakukan ujian penerbangannya yang ke-enam pada Jumaat lalu. Akibat dari insiden ini, sistem kecemasan secara automatik mengempiskan ruang belon udara bagi mengelakkannya Airlander 10 dari melakukan kerosakan yang lebih terus.

Dua orang kakitangan dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Pihak Hybrid Air Vehicles (HAV) yang membangunkan pesawat udara ini sedang menyiasat bagaimana Airlander 10 boleh terlepas dari tambatan.

Airlander 10 direka dengan tujuan untuk mengangkut kargo sehingga 10,000 Kilogram. Ia mampu terbang selama lima hari tanpa henti dengan kelajuan maksimum 148 kilometer sejam. Kos pembinaan pesawat udara ini ialah GBP 25 Juta (~RM 137 Juta) sebuah dan sekaligus membuatkannya jauh lebih murah berbanding pesawat jet kargo sedia ada.


TIPS & ULASAN