Cari @ Amanz

Sudah lebih tiga tahun Mac Mini tidak diberikan kemaskini oleh pihak Apple. Sebaliknya buat mas ini Apple menumpukan kepada penghasilan iMac Pro dan Mac Pro bagi mensasarkan golongan profesional. Tim Cook telah mengesahkan model baru Mac Mini masih ada di dalam perancangan. Sementara menunggu ia dilancarkan, konsep Taptop ini dihasilkan oleh Louis Berger, seorang pelajar rekaan industri sebagai pengganti Mac Mini baru.

Perkara paling menarik mengenai Taptop ialah sistem Touch Bar terbina pada tubuh. Ini membawakan fungsi eksklusif MacBook Pro Touch kepada Mac Mini untuk pertama kali. Turut disertakan ialah sistem imbasan wajah Face ID. Pengguna hanya perlu duduk di depan Taptop dan ia akan mengaktifkan skrin tanpa sebarang input dari pengguna.

Dari segi rekaan ia mengingatkan kami kepada pembesar suara Pill buatan Beats yang merupakan anak syarikat Apple. Apakah pendapat anda mengenai konsep ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd